Kos tunai haji kekal RM9,980 bagi jemaah kali pertama, jemaah kali kedua perlu bayar RM14,880
Harian METRO
TARIKH: 20/4/2012
SEKSYEN: Nasional
MUKA SURAT: 18
RUANGAN: Setempat
Kos tunai haji kekal
RM9,980 bagi jemaah kali pertama, jemaah kali kedua perlu bayar RM14,880
Oleh Siti Aisyah Sukaimi
SEPANG: Kerajaan berusaha mengekalkan kos menunaikan haji pada tahun ini (2012) sebanyak RM9,980 walaupun kos penginapan jemaah di Tanah Suci meningkat 15 peratus berbanding tahun lalu (2011), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Menurutnya, kadar berkenaan hanya untuk jemaah yang baru pertama kali ingin menunaikan ibadat haji, manakala jemaah haji kali kedua perlu membayar kos sebenar iaitu RM14,880 bagi musim ini.
“Untuk jemaah haji kali kedua, mereka tidak boleh mendapat subsidi...”
Perbandingan kos menunaikan haji di beberapa negara di Asia Tenggara
- Malaysia RM9,980
- Thailand RM16,000
- Indonesia RM15,000-RM18,000 (berbeza mengikut lokasi)
- Singapura RM18,000
- Brunei RM18,000
Bahagian Hal Ehwal Awam dan
Komunikasi Korporat Kumpulan TH

Ulasan
Catat Ulasan