Mula Menabung Untuk Emas
Saya sebenarnya sudah lama mengetahui kelebihan menyimpan emas. Dari dulu lagi, saya sering dengar bahawa emas adalah aset yang kukuh dan mampu melindungi nilai dalam jangka masa panjang.
Malah, saya pernah menerima hadiah berbentuk sekeping kad kecil yang mengandungi emas. Walaupun nilainya tidak besar, ia memberi satu perasaan yang berbeza, seolah-olah memegang sesuatu yang bernilai dan kekal.
Namun begitu, saya masih belum menemui kaedah yang benar-benar praktikal untuk menyimpan emas.
Harga emas yang agak tinggi membuatkan saya berfikir banyak kali sebelum membeli. Jika dibeli dalam bentuk kepingan kecil, saiznya sangat kecil dan mudah hilang. Tetapi jika ingin membeli dalam jumlah yang lebih besar, ia memerlukan simpanan ratusan ringgit; sesuatu yang tidak mudah untuk dikumpulkan secara konsisten.
Lebih mencabar, setiap kali saya hampir cukup menyimpan, wang tersebut sering terpaksa digunakan untuk keperluan lain. Akhirnya, hasrat untuk memiliki emas sering tertangguh.
Sehinggalah pada 3 Januari 2026, ketika saya berbual dengan seorang sahabat, Syukri bersama isterinya Nik Farhanim, beliau memperkenalkan kepada saya satu kaedah yang lebih praktikal iaitu menabung untuk emas.
Konsepnya sangat mudah tetapi bermakna. Apabila wang dimasukkan ke dalam tabung ini, ia tidak lagi dianggap sebagai wang yang boleh dibelanjakan. Sebaliknya, ia menjadi simpanan khusus yang suatu hari nanti boleh ditukar kepada emas.
Kaedah ini dikenali sebagai Gold Accumulation Program (GAP) yang ditawarkan oleh syarikat Public Gold Marketing Sdn. Bhd.
Bermula dari tarikh itu, saya mengambil langkah pertama dengan membuka akaun GAP. Dari situ, saya mula mempelajari dengan lebih mendalam tentang kemudahan yang disediakan. Ia satu sistem yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk memiliki emas secara konsisten, tanpa perlu menunggu sehingga mempunyai jumlah wang yang besar.
Mungkin ini adalah permulaan kepada satu tabiat baru dalam hidup saya i.e. menabung dengan tujuan yang lebih jelas, dan masa depan yang lebih terjamin.

Ulasan
Catat Ulasan