Apa Itu Gold Bar dan Dinar? 🤔
Soalan yang biasa ditanya oleh mereka yang baru mula menyimpan emas ialah: patut beli gold bar atau dinar? Kedua-duanya adalah emas fizikal tulen, tetapi bentuk, kegunaan dan kelebihan masing-masing berbeza. Memahami asas ini penting supaya kita tidak sekadar membeli, tetapi membeli dengan tujuan yang jelas.
❶ Apa itu Gold Bar?
Gold bar atau jongkong emas ialah emas yang dibentuk dalam bentuk segi empat. Ia biasanya diperbuat daripada emas ketulenan tinggi dan datang dalam pelbagai saiz seperti 1 gram, 5 gram, 10 gram, 50 gram, 100 gram sehingga 1 kilogram.
Gold bar lebih fokus kepada simpanan nilai. Ia padat, mudah disusun, dan dari sudut harga, biasanya mempunyai premium per gram yang lebih rendah berbanding bentuk lain (terutamanya untuk saiz yang lebih besar). Sebab itu ramai yang memilih gold bar untuk tujuan simpanan jangka panjang.
❷ Apa itu Dinar?
Dinar pula ialah emas dalam bentuk syiling. Dalam pasaran moden, dinar biasanya hadir dalam pecahan seperti 1/4 dinar, 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.
Selain nilai emas itu sendiri, dinar mempunyai nilai dari sudut sejarah dan simbolik, kerana ia pernah digunakan sebagai mata wang dalam tamadun Islam. Dari segi praktikal, dinar lebih fleksibel kerana saiznya berpecah-pecah, sesuai untuk hadiah, simpanan kecil, atau berpotensi untuk kegunaan dalam transaksi.
❸ Apa maksud Au999.9?
Apabila kita melihat label seperti Au999.9 pada emas, ia merujuk kepada tahap ketulenan emas tersebut.
Au = simbol kimia bagi emas (Gold). Ia berasal dari perkataan latin ie aurum.
999.9 = tahap ketulenan, iaitu 99.99% emas tulen.
Ini bermaksud hampir keseluruhan kandungan emas itu adalah emas asli, dengan hanya sedikit sahaja campuran logam lain. Dalam pasaran, ini dikenali sebagai 24K emas tulen.
Semakin tinggi angka ini, semakin tinggi ketulenan emas tersebut. Sebab itu Au999.9 sering menjadi pilihan utama untuk tujuan simpanan kerana nilainya lebih “bersih” dan mudah diterima di pasaran.
❹ Gold Bar vs Dinar: Mana Lebih Baik?
Sebenarnya, tiada jawapan yang mutlak.
Gold bar sesuai untuk mereka yang ingin fokus kepada pengumpulan nilai dalam jumlah besar manakala Dinar sesuai untuk mereka yang mahukan fleksibiliti dan pecahan kecil.
Ramai penyimpan emas yang berpengalaman memilih untuk memiliki kedua-duanya. Gold bar digunakan sebagai simpanan utama, manakala dinar digunakan sebagai pelengkap untuk fleksibiliti.
❺ Kesimpulan
Sama ada gold bar atau dinar, yang penting ialah konsistensi dalam menyimpan dan memahami apa yang kita miliki.
Mulakan dengan apa yang mampu, fahami asas seperti ketulenan (Au999.9), dan bina simpanan secara berperingkat. Dari situ, barulah emas benar-benar menjadi alat untuk melindungi nilai masa depan.
.
.ð–¥” ݁ ˖ ✦ ‧₊˚ ⋅
#TabungEmas #SimpanEmas #SimpananEmas #GoldSavings #AkaunGAP #GoldAccumulationProgram #RM100 #Emas999 #PublicGold #G100
.
🛈 Simpan emas secara konsisten melalui tabung emas i.e. Gold Accumulation Program (GAP) merupakan langkah bijak melabur emas dan membina gold savings yang kukuh bagi masa depan

Ulasan
Catat Ulasan